Kampung saya iaitu Kampung Parit Kuda terletak di kawasan Semerah dalam daerah Batu Pahat.
Rumah pula hanya 150 meter dari laut. Saya selalu sahaja pergi ke tepi laut dengan berjalan kaki.
Masa itu umur 15 tahun dan cuti sekolah di bulan puasa. Ingat lagi pergi memancing di betul-betul sebelah pintu gate air antara air sungai yang tawar dan air laut yang air masin. Rasanya habitat yang sesuai untuk udang galah.
Masih menggunakan pelepah pokok sebagai joran cuma tali sudah menggunakan tali tangsi dan mata kail yang betul yang boleh dibeli dikedai arwah Pak Mokhtar.
Seronok sangat kerana buat pertama kali Udang Galah sepit biru yang menjamah umpan cacing. Kalau sekarang ni kita panggil Jongkong.
Tapi itulah yang pertama dan yang terakhir saya mendapat udang galah di situ. Tak tahulah mana pergi semua udang galah tu. Mungkin semuanya dah pupus kat situ.
Nanti jika ade kesempatan, saya akan masukkan gambar kawasan memancing tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan