Selasa, 25 Mac 2014

Snorkeling di Pulau Tioman dan tangkap ikan pakai plastik

Ade pengalaman menarik yang ingin saya kongsi ketika snorkeling di Pulan Tioman, Johor.

Perjalanan dari Johor Bahru ke jetty Mersing mengambil masa kira-kira 3 jam. Saya kemudiannya menaiki ferry seawal 7 pagi ke salah satu resort di Kampung Genting, Pulau Tioman. Oleh kerana saya telah menempah pakej bermalam, makan dan snorkeling jadi saya tidak perlu memikirkan perkara-perkara tersebut dan fokus untuk enjoy sahaja di Pulau Tioman.

Saya tiba pada waktu tengahari dan waktu petang pula saya isikan dengan bersiar-siar di pesisiran pantai. Hidangan bbq iatu ayam, ikan dan udang yang 'fresh' menjadi santapan saya pada waktu malamnya.

Hari kedua begitu mengujakan kerana saya dibawa untuk akiviti snorkeling. Peralatan snorkeling saya sewa dengan harga yang berpatutan. Bekalan roti tidak lupa saya bawa untuk diberi kepada ikan sewaktu snorkeling nanti.

Beberapa tempat menarik yang saya pergi adalah seperti Pulau Tulai dan Marine Park. Ikan-ikan yang cantik berkerumun di sekeliling saya sewaktu roti diberikan. Pelbagai batu karang yang cantik juga boleh dilihat sewaktu aktiviti snorkeling ini. Makan tengahari pula saya nikmati di Pulau Tulai yang telah mereka sediakan dalam bekas polostrin.

Antara perkara nakal yang saya lakukan ialah dengan membubuh roti kedalam beg plastic dan mengumpan ikan masuk ke dalam beg plastic tersebut. Oleh ikan terlalu banyak dan mereka berebut-rebut memakan roti jadi ada yang masuk kedalam beg plastic. Kesempatan itu saya ambil dengan cepat-cepat menutup plastik tersebut. Akhirnya saya berjaya menangkap ikan berwarna biru yang sangat comel. Setelah mengambil gambar ikan tersebut saya lepaskan semula kedalam laut.

Selepas aktiviti snorkeling, saya juga dibawa ke pekan utama di Pulan Tioman untuk membeli belah di kawasan bebas cukai. Anda boleh membeli pelbagai cenderahati, baju, coklat dan lain-lain di sini

Keesokkan paginya selepas serapan pagi saya pulang semula ke Jetty Mersing sebelum berangkat pulang ke Johor Bahru.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan