Selasa, 25 Mac 2014

Memancing Udang Galah di Sungai Kota Tinggi

Portnya.. Sungai Minchu, Kota Tinggi, Johor. Orang kata antara musim terbaik ialah dalam bulan February atau ketika pokok getah gugur daun. Disana ade tokey yang menyediakan perkhidmatan menyewa bot atau sampan.

Ade bermacam teori atau ilmu memancing udang galah ni. Saya takdela expert mana pun tapi antara jenis memancing yang paling saya suka ialah memancing udang galah. Sebabnya ia ada rase 'thrill' yang tersendiri.

Ketika itu saya tinggal di Bandar Putra, Kulai. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Biasanya saya hanya pergi berdua sahaja bersama seorang kawan tempat kerja iaitu Jasmin. Ini kerana satu sampan paling cantik jika cuma 2 orang. Seorang bawa kira kira 5 hingga 8 batang joran untuk meningkatkan peluang dan mencuba beberapa kawasan untuk membaling umpan.

Beberapa umpan yang biasa diguna adalah seperti cacing, cengkerik, anak udang, pedal ayam dan lain-lain. Tetapi bagi saya, cacing masih merupakan pilihan terbaik yang paling suka di santap oleh sang udang.

Ade teori mengatakan jika air sungai sejuk udang tidak begitu ghairah menjamah umpan. Tetapi pernah juga hujan turun lebat sewaktu saya memancing dan udang masih juga makan umpan. Antara tip lain yang saya boleh kongsi ialah jika memancing sewaktu panas terik baling umpan dikawasan tengah sungai yang lebih dalam kerana ketika itu udang lebih suka berkumpul di kawasan tengah sungai yang lebih sejuk.

Antara sungai-sungai lain di Kota Tinggi yang boleh dicuba ialah Sungai Batu 18, Batu 17, Kampung makam, tengah Bandar kota dan beberapa tempat lain.

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan