Ahad, 11 Mei 2014
Memancing di Sawah Sarang Buaya
Jarak dari rumah saya ke Kampung Sarang Buaya cuma kira-kira 5km. Ketika bekerja di Johor bahru ada kalanya saya pulang kampung saya di Batu Pahat lalu saya mengambil kesempatan untuk memancing di sawah kampung Sarang Buaya ini.
Ada pelbagai spesis ikan yang boleh dijumpai dikawasan di tali air sawah ini. Haruan, Puyu dan Keli antara yang banyak menghuni habitat di sini.
Umpan yang biasanya saya guna ialah cacing. Casting jugak agak seronok untuk mengacah sang haruan merembat umpan.
Oleh kerana saiz ikan biasanya tidak besar jadi biasanya saya menggunakan set pancing yang kecil seperti mesin dan joran udang sahaja. Ianya akan membuatkan kita merasa lebih thrill.
.
Memancing di Laut
Ade beberapa kali saya pegi memancing ke area Pulau Tioman sekitar 2010 dan 2011. Trip 2 hari 1 mlm atau 3 hari 2 mlm bersama rakan-rakan sekerja. Masa ini lah saya mula menjadi pemancing tegar.
Biasanya kami bergerak lewat malam dan berehat di Bandar Mersing sebelum berkumpul di Teluk Penyabong. Ade juga trip yang kami naik dari jeti Mersing.
Tidur hanya dalam bot dan kami banyak habiskan masa dengan memancing tanpa henti.
Paling seronok jika umpan di rentap ikan-ikan saiz sederhana atau besar. Jika pergi bulan July atau Ogos dapat jugak mencandat sotong.
Umpan biasanya udang hidup, sotong atau isi ikan. Tapi saya paling suka menggunakan sotong segar yang baru dicandat untuk dijadikan umpan memancing ikan-ikan saiz besar.
Biasanya tekong akan berhenti juga di unjam untuk mencari ikan ikan kecil atau ikan yang boleh dijadikan umpan. Antara ikan umpan kegemaran saya ialah ikan tamban.
Selasa, 25 Mac 2014
Snorkeling di Pulau Tioman dan tangkap ikan pakai plastik
Ade pengalaman menarik yang ingin saya kongsi ketika snorkeling di Pulan Tioman, Johor.
Perjalanan dari Johor Bahru ke jetty Mersing mengambil masa kira-kira 3 jam. Saya kemudiannya menaiki ferry seawal 7 pagi ke salah satu resort di Kampung Genting, Pulau Tioman. Oleh kerana saya telah menempah pakej bermalam, makan dan snorkeling jadi saya tidak perlu memikirkan perkara-perkara tersebut dan fokus untuk enjoy sahaja di Pulau Tioman.
Saya tiba pada waktu tengahari dan waktu petang pula saya isikan dengan bersiar-siar di pesisiran pantai. Hidangan bbq iatu ayam, ikan dan udang yang 'fresh' menjadi santapan saya pada waktu malamnya.
Hari kedua begitu mengujakan kerana saya dibawa untuk akiviti snorkeling. Peralatan snorkeling saya sewa dengan harga yang berpatutan. Bekalan roti tidak lupa saya bawa untuk diberi kepada ikan sewaktu snorkeling nanti.
Beberapa tempat menarik yang saya pergi adalah seperti Pulau Tulai dan Marine Park. Ikan-ikan yang cantik berkerumun di sekeliling saya sewaktu roti diberikan. Pelbagai batu karang yang cantik juga boleh dilihat sewaktu aktiviti snorkeling ini. Makan tengahari pula saya nikmati di Pulau Tulai yang telah mereka sediakan dalam bekas polostrin.
Antara perkara nakal yang saya lakukan ialah dengan membubuh roti kedalam beg plastic dan mengumpan ikan masuk ke dalam beg plastic tersebut. Oleh ikan terlalu banyak dan mereka berebut-rebut memakan roti jadi ada yang masuk kedalam beg plastic. Kesempatan itu saya ambil dengan cepat-cepat menutup plastik tersebut. Akhirnya saya berjaya menangkap ikan berwarna biru yang sangat comel. Setelah mengambil gambar ikan tersebut saya lepaskan semula kedalam laut.
Selepas aktiviti snorkeling, saya juga dibawa ke pekan utama di Pulan Tioman untuk membeli belah di kawasan bebas cukai. Anda boleh membeli pelbagai cenderahati, baju, coklat dan lain-lain di sini
Keesokkan paginya selepas serapan pagi saya pulang semula ke Jetty Mersing sebelum berangkat pulang ke Johor Bahru.

Memancing Udang Galah di Sungai Kota Tinggi
Portnya.. Sungai Minchu, Kota Tinggi, Johor. Orang kata antara musim terbaik ialah dalam bulan February atau ketika pokok getah gugur daun. Disana ade tokey yang menyediakan perkhidmatan menyewa bot atau sampan.
Ade bermacam teori atau ilmu memancing udang galah ni. Saya takdela expert mana pun tapi antara jenis memancing yang paling saya suka ialah memancing udang galah. Sebabnya ia ada rase 'thrill' yang tersendiri.
Ketika itu saya tinggal di Bandar Putra, Kulai. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Biasanya saya hanya pergi berdua sahaja bersama seorang kawan tempat kerja iaitu Jasmin. Ini kerana satu sampan paling cantik jika cuma 2 orang. Seorang bawa kira kira 5 hingga 8 batang joran untuk meningkatkan peluang dan mencuba beberapa kawasan untuk membaling umpan.
Beberapa umpan yang biasa diguna adalah seperti cacing, cengkerik, anak udang, pedal ayam dan lain-lain. Tetapi bagi saya, cacing masih merupakan pilihan terbaik yang paling suka di santap oleh sang udang.
Ade teori mengatakan jika air sungai sejuk udang tidak begitu ghairah menjamah umpan. Tetapi pernah juga hujan turun lebat sewaktu saya memancing dan udang masih juga makan umpan. Antara tip lain yang saya boleh kongsi ialah jika memancing sewaktu panas terik baling umpan dikawasan tengah sungai yang lebih dalam kerana ketika itu udang lebih suka berkumpul di kawasan tengah sungai yang lebih sejuk.
Antara sungai-sungai lain di Kota Tinggi yang boleh dicuba ialah Sungai Batu 18, Batu 17, Kampung makam, tengah Bandar kota dan beberapa tempat lain.
Selamat mencuba!

Ahad, 23 Mac 2014
Udang Galah pertama..
Kampung saya iaitu Kampung Parit Kuda terletak di kawasan Semerah dalam daerah Batu Pahat.
Rumah pula hanya 150 meter dari laut. Saya selalu sahaja pergi ke tepi laut dengan berjalan kaki.
Masa itu umur 15 tahun dan cuti sekolah di bulan puasa. Ingat lagi pergi memancing di betul-betul sebelah pintu gate air antara air sungai yang tawar dan air laut yang air masin. Rasanya habitat yang sesuai untuk udang galah.
Masih menggunakan pelepah pokok sebagai joran cuma tali sudah menggunakan tali tangsi dan mata kail yang betul yang boleh dibeli dikedai arwah Pak Mokhtar.
Seronok sangat kerana buat pertama kali Udang Galah sepit biru yang menjamah umpan cacing. Kalau sekarang ni kita panggil Jongkong.
Tapi itulah yang pertama dan yang terakhir saya mendapat udang galah di situ. Tak tahulah mana pergi semua udang galah tu. Mungkin semuanya dah pupus kat situ.
Nanti jika ade kesempatan, saya akan masukkan gambar kawasan memancing tersebut.

Mula memancing!!
Now, where should I start.. how about the first few catch that I can still remember when I was a small boy..
Maybe I was 9 or 10 years old. Masih boleh terbayang ikut abang-abang cari daun pelepah pokok yang sesuai untuk dibuat batang mancing. Dalam kebun sebelah rumah jiran yang kami panggil Wak Leng.. haha
Jarum peniti, benang jahit baju and pelepah pokok. Umpannya takde lain selain cacing. Pasang macam tajor iaitu pacakkan batang joran dalam tanah dan umpan diletakkan di separuh kedalam parit.
Hasilnya ikan haruan. It was fun enough for 9 year old kid.. :)
The same tool I use to catch few type of fish including Puyu and Keli.

Why I started a blog?
Why I started a blog? I find out that after using Facebook for couple of year, it become more like my diary, with picture telling story about the journey of my fishing life.
Yes.. fishing is what I really passion and make me feel really excited.
The problem with FB is I couldn't write so long or details about the experience that I want to share.
So here I am.. my first day to write a blog.
I'm so excited to show you all the picture and story of fishing and others..
See you soon..

Langgan:
Catatan (Atom)