Ahad, 11 Mei 2014

Memancing di Sawah Sarang Buaya


Jarak dari rumah saya ke Kampung Sarang Buaya cuma kira-kira 5km. Ketika bekerja di Johor bahru ada kalanya saya pulang kampung saya di Batu Pahat lalu saya mengambil kesempatan untuk memancing di sawah kampung Sarang Buaya ini.
Ada pelbagai spesis ikan yang boleh dijumpai dikawasan di tali air sawah ini. Haruan, Puyu dan Keli antara yang banyak menghuni habitat di sini.
Umpan yang biasanya saya guna ialah cacing. Casting jugak agak seronok untuk mengacah sang haruan merembat umpan.
Oleh kerana saiz ikan biasanya tidak besar jadi biasanya saya menggunakan set pancing yang kecil seperti mesin dan joran udang sahaja. Ianya akan membuatkan kita merasa lebih thrill.





.

Memancing di Laut


Ade beberapa kali saya pegi memancing ke area Pulau Tioman sekitar 2010 dan 2011. Trip 2 hari 1 mlm atau 3 hari 2 mlm bersama rakan-rakan sekerja. Masa ini lah saya mula menjadi pemancing tegar.
Biasanya kami bergerak lewat malam dan berehat di Bandar Mersing sebelum berkumpul di Teluk Penyabong. Ade juga trip yang kami naik dari jeti Mersing.
Tidur hanya dalam bot dan kami banyak habiskan masa dengan memancing tanpa henti.
Paling seronok jika umpan di rentap ikan-ikan saiz sederhana atau besar. Jika pergi bulan July atau Ogos dapat jugak mencandat sotong.
Umpan biasanya udang hidup, sotong atau isi ikan. Tapi saya paling suka menggunakan sotong segar yang baru dicandat untuk dijadikan umpan memancing ikan-ikan saiz besar.
Biasanya tekong akan berhenti juga di unjam untuk mencari ikan ikan kecil atau ikan yang boleh dijadikan umpan. Antara ikan umpan kegemaran saya ialah ikan tamban.